SOALAN LAZIM
1. Apakah jaminan yang kami
akan dapat?
* Kami ada Perjanjian Salam yang dibuat oleh pihak peguam
mengikut prosedur undang-undang Negara.
* Memberi bantuan setiap bulan kepada pembeli, menghantar
ustaz/ustazah bagi mengajar kelas mengaji Al-Quran & mengadakan
Seminar Solat dari masa ke semasa.
* Tempoh tanggungan kerosakan adalah selama 6 bulan selepas serah kunci
selagi tidak wujud pihak ke-3 (rumah dijual kepada orang lain).
2. Kenapa Alfafa Bagi Bantuan Selama Tempoh Menunggu?
* Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan beban pembeli bagi membayar
pinjaman bulanan pada pihak bank.
* Sumber bantuan ini bukan dalam harga tempahan rumah tetapi dari hasil keuntungan hartanah kami.
* Sumber bantuan ini bukan dalam harga tempahan rumah tetapi dari hasil keuntungan hartanah kami.
3. Bagaimana dapat buat rumah hanya dengan harga tempahan tersebut?
* Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hartanah. Menggunakan konsep perniagaan jualan lot. Bayaran tempahan banglo tersebut kami boleh beli tanah pertanian di tempat lain dalam 1 ekar. 1 ekar boleh pecah lot sekurang-kurangnya 6 lot banglo. Kemudian kami akan tukar status tanah, pecah lot, kami boleh jual 1 lot banglo dengan harga secara purata seluruh Malaysia RM100,000, kami akan untung dalam RM600 000. kemudian kami cuma ambil RM300 000 untuk kos buat rumah dan tanah seorang pembeli. LOGIK KAN??
4. Bagaimana dengan CF & Insurans Rumah
* Tiada, tapi pembeli boleh mohon dengan pihak arkitek dan uruskan pengambilan insurans rumah & kos ditanggung sendiri.
5. Jenis pinjaman apa yang digunakan dan siapa yang uruskan?
* Pinjaman peribadi dan diuruskan sendiri oleh pembeli.
6. Kalau ada tanah sendiri?
* Boleh, tetapi harga, konsep, syarat dan tempoh menunggu semua adalah sama. Bezanya adalah rumah akan dibesarkan 35’x60’ kaki dan 5 bilik, 4 bilik air.
7. Kenapa mesti tiga tahun walaupun pembeli ada tanah sendiri atau tanah dah tersedia oleh Alfafa?
* Kos membina sebuah rumah dianggarkan RM350 000 hingga RM 400 000.
* Anda cuma bayar harga tempahan. Adakah logik membina rumah dalam masa
yang singkat dengan kos tersebut dan bayaran harga tempahan yang pembeli bayar?
Oleh itu, rujuk jawapan pada soalan no 3. Ianya memerlukan masa bagi pihak
syarikat.
8. Selain harga tempahan banglo, kos apa lagi yang akan dikenakan?
* Kos deposit masuk meter air dan elektrik.
* Kos tukar hak milik dari nama Alfafa kepada nama pembeli.
* Kos CCC jika pembeli mahukan
* Kos CCC jika pembeli mahukan
9. Free hold atau least hold?
* Free hold dan least hold, rizab melayu, bergantung kepada geran sedia
ada.
10. Adakah Alfafa ini pelaburan atau Multilevel Marketing (MLM)?
* Bukan berkonsepkan pelaburan tetapi konsep jual beli tempahan yang berlandaskan syara’ iaitu Bai’ Salam.
* Komisen yang diberi kepada pembeli kami adalahsebagai satu hibah
(hadiah) kerana membantu kami dalam memperkenalkan perumahan Alfafa kepada
orang lain. Itu lebih baik daripada kami membayar kos pengiklanan yang tinggi.
11. Kenapa Alfafa naikkan harga RM10,000 setiap 2/3 bulan?
* Hal ini kerana kita serius dalam menjayakan projek ini & pembeli yang bersungguh sahaja akan menerima harga yang rendah kerana cepat, berani dan yakin dengan kami. Walaupun harga kami RM200,000 sekalipun ianya masih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran rumah banglo sekarang.
12. Dekat mana ye projek ni?
* Seperti semua sedia maklum, kami menerima tempahan SELURUH MALAYSIA. Anda hanya perlu menempah di kawasan yang difikirkan boleh membangun.
No comments:
Post a Comment